Adat dan Pantang Larang Kaum Cina semasa Menyambut Tahun Baru Cina
Sambutan Tahun Baru Cina
Sumber: https://g-switch.org/ms/asia/china/beijing/chinese-new-year-celebration-1458286/ |
Profile Blog
Pendahuluan
|
Sumber: https://www.pinterest.com/pin/650770214877120985/ |
Objektif Kajian
- Mempelajari dengan lebih mendalam tentang budaya kaum lain.
- Mengkaji adat dan pantang larang kaum Cina semasa menyambut Tahun Baru Cina.
- Mengkaji mengapa adat dan pantang larang tersebut diamalkan oleh kaum Cina.
Kandungan Hasil Kajian
MI PANJANG Sumber: http://www.butterkicap.com/open-house/7-makanan-wajib-hidang-semasa-tahun-baru-cina |
Masyarakat Cina akan berkumpul bersama keluarga masing-masing dan mengadakan upacara makan besar pada malam perayaan Tahun Baru Cina. Terdapat beberapa jenis makanan yang wajib dihidangkan semasa upacara tersebut. Kami akan menerangkan tiga jenis sahaja. Pertama sekali adalah ikan. Ikan ataupun (鱼 Yú /yoo/) dalam Mandarin mempunyai sebutan yang sama dengan perkataan Mandarin yang merujuk pada maksud ‘lebihan’. Oleh itu, masyarakat Cina percaya bahawa jika mereka makan ikan, mereka akan ada simpanan (lebihan) sepanjang tahun dan tahun-tahun seterusnya. Seterusnya ialah Mi Panjang. Mi Panjang ataupun Chángshòu Miàn (长寿面) merupakan hidangan yang dikaitkan dengan umur panjang. Mereka kebiasaannya akan makan Mi yang panjang dan tidak akan dipotong kerana mereka percaya makan mi yang panjang dapat memanjangkan usia mereka. Ketiga, buah oren dan limau dilihat sebagai tanda tuah dan kekayaan kerana sebutan dan ejaan buah-buahan tersebut dalam bahasa Mandarin iaitu chéng (橙) mempunyai bunyi yang sama seperti sebutan perkataan ‘kejayaan’ (成). Jadi sebab itulah kita akan jumpa banyak limau yang dijual di pasaran pada Tahun Baru Cina.
Sumber: https://www.eztakaful.com.my/8-adat-resam-pantang-larang-ketika-sambutan-tahun-baru-cina/ |
Sumber: https://www.pinterest.com/pin/560838959817496259/ |
Sumber: http://www.windermeresun.com/2020/01/25/lunar-new-year-year-of-the-rat-celebration-has-begun/ |
Sumber: http://pakarborong.blogspot.com/p/blog-page.html |
4. Larangan menyapu sampah
Sumber: https://www.gojek.com/blog/goclean/4-cara-menyapu-lantai-untuk-kebersihan-maksimal/ |
Pada hari pertama sambutan perayaan Tahun Baru Cina, mereka dilarang sama sekali untuk menyapu rumah kerana dipercayai akan membuang tuah. Jika rumah mereka kotor disebabkan makanan tumpah ataupun barang pecah, mereka tidak akan menyapu sebaliknya mereka akan mengutip kotoran atau serpihan tersebut dengan tangan sahaja. Alatan membersih rumah terutamanya peyapu akan disembunyikan untuk mengelakkan daripada digunakan semasa sambutan Tahun Baru Cina. Kebiasaannya, mereka akan mengemas dan membersihkan rumah mereka sebelum kedatangan Tahun Baru Cina. Membersihkan rumah bermakna mereka membuang nasib malang ataupun buruk sepanjang tahun yang lalu keluar daripada rumah mereka dan bersedia menerima tuah pada awal Tahun Baru Cina.
5. Barangan mudah pecah
Sumber: https://reflectionsofabear.com/2015/08/31/dignity/ |
Tambahan pula, mereka juga dilarang untuk memecahkan barang seperti mangkuk, pinggan, gelas, pasu dan sebagainya sepanjang tempoh sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Di kala mereka sibuk bergembira melawat dan berkunjung ke rumah sanak saudara, mereka hendaklah berhati-hati agar tidak terpecahkan barang kerana ini akan menyebabkan tuan rumah mungkin mengalami nasib malang dan hilang kekayaan.
Penutup
Kesimpulannya, masyarakat ataupun kaum Cina sangat mementingkan keuntungan dan mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menjauhkan diri daripada menerima nasib malang. Jadi sebab itulah kebanyakan adat dan pantang larang mereka kebiasaannya bertujuan untuk mengelakkan diri daripada menerima nasib malang.
Sebagai bangsa Melayu yang penuh dengan kesopanan dan budi bahasa, dan diasuh dengan ajaran Islam yang diterap segala nilai murni serta akhlak mulia, kajian sebegini sangat memberikan impak dan kesan dalam diri terutamanya dalam hal menjaga hubungan dengan bangsa yang berbeza. Kajian seperti ini mampu mewujudkan dan memperkuatkan semangat keharmonian antara kaum dengan menjaga sensitiviti perkauman seperti mematuhi adat dan pantang larang mereka.
Kami yakin dan percaya sekiranya semua bangsa mengetahui dan menghormati adat dan pantang larang setiap kaum, kita mampu untuk mencapai keamanan dan kehormanian hidup dalam sebuah negara yang berbilang kaum sekaligus menolak semangat perkauman yang ekstrem dan melampau.
Di sini kami sertakan video hasil kumpulan kerja kami. Semoga video ini memudahkan para pembaca untuk memahami dengan lebih baik mengenai adat dan pantang larang kaum Cina semasa menyambut Tahun Baru Cina.
Comments
Post a Comment